Friday, January 6, 2012

rezeki Allah..

Alhamdulillah..rezeki Allah..syukur ya tuhan saya masih diberi kesempatan bernafas..diberi kesempatan untuk bersolat..diberi kesempatan untuk memohon keampunan atas dosa2 yang sering dilakukan...acapkali dosa berulang saya lakukan..lalu pengampunan di minta...Allah sangat Maha Pengasih dan Maha Penyayang..terlalu menyayangi hambanya...apa lagi yg Dia tidak beri..cuma saya yg selalu leka..
mohon doa dari teman2...agar sentiasa mendoakan saya..doakan yg terbaik untuk saya..
saya ingin kongsikan sesuatu..

Solat Sunat Dhuha...lakukanlah..insyaAllah sentiasa dimurahkan rezeki..
walau sesusah mana pon kita..insyaAllah akan ada jalannya..

Antara Kelebihan Solat Sunat Duha

1. Jaminan rezeki

Allah berfirman dalam surah Al-Dhuha ayat 1-5 yang bermaksud: “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.

Waktu duha ialah waktu Allah mencurahkan kurniaan-Nya. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang inginkan kurniaan tersebut, maka dia perlu berhubung dengan Tuhannya melalui solat sunat Duha.

Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud, “Allah berfirman yang bermaksud, Wahai anak Adam! Solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang”.

2. Kekuatan Jasmani

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: “Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya: Siapakah yang berdaya melakukannya wahai Rasulullah?. Lalu baginda bersabda: Boleh juga dilakukan dengan menghilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha memadai baginya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Abu Hurairah memberitahu: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.


rezeki bukan pada wang ringgit semata-mata. nikmat kesihatan juga rezeki, cemerlang dalam peperiksaan juga rezeki, dapat sahabat yg baik juga rezeki, hati yang sentiasa tenang dan lapang juga rezeki.. Subhanallah......moga sama2 sentiasa dimurahkan rezeki ^__^